Penulisan Karangan Fakta

Kaedah pengajaran penulisan isi, bahasa, dan pengolahan

Athirah binti Alias
D2017107701
Professor Madya Dr. Adenan bin Ayob
Penyelaras dan Pensyarah Kursus BMP3093

Model Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK)
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan semakin popular dalam kalagan guru dan sekolah. Hal ini adalah menjadi salah satu faktor yang mampu menarik minat para pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru-guru kebanyakannya sudah mula menggunakan teknologi dalam pengajaran mereka. Ia akan mewujudkan suasana pembelajaran yang dinamik dan seronok.
Model Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) telah menjadi asas kepada pengajaran menggunakan teknologi yang memerlukan pemahaman. Antaranya ialah konsep-konsep penggunaan teknologi, teknik pedagogi menggunakan teknologi dan pelbagai lagi. Model ini juga dapat mengintegrasikan teknologi pengajaran dan pembelajaran seiring dengan zaman serba moden. Selain itu, melalui model ini juga ia akan meningkatkan pengetahuan guru dan pelajar untuk mempelajari cara menulis karangan fakta dengan lebih mudah.
Di samping itu, dengan penggunaan model ini guru dapatlah meningkatkan kemahiran pedagogi semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Guru boleh melakukan pengajaran dengan teknik yang berbeza untuk menarik perhatian pelajar. Oleh itu, sudah tentu para pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar. Bukan itu sahaja, kandungan pelajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar dapat dicapai. Hal ini demikian kerana, guru menggunakan teknik yang sesuai untuk mengajar penulisan karangan fakta. Pelajar akan lebih mudah untuk memahami tentang isi yang akan ditulis dalam karangan fakta.


Berikut merupakan contoh video yang boleh digunakan untuk mengaplikasikan TPAK semasa di dalam kelas.


Kesimpulannya, kecemerlangan seseorang pelajar dalam penulisan karangan dilihat dari segi seseorang itu menguasai bahasa. Menulis merupakan bakat semula jadi yang sukar dibentuk. Namun begitu, bakat ini boleh digilap dengan menggunakan teknik yang betul untuk menulis karangan terutamanya dalam menulis karangan fakta. Oleh itu, untuk menulis karangan fakta yang bagus, kita juga perlu menambah pengetahuan dengan mengetahui isu-isu semasa. Hal ini adalah bagi memastikan karangan kita dapat diolah dengan isi-isi yang sangat menarik dan berkualiti.
PENGHARGAAN image
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya iaitu Prof. Madya Dr. Adenan bin Ayob kerana telah mendedahkan dan membimbing saya untuk membuat laman sesawang ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah membantu saya untuk menjayakan laman sesawang ini bagi memberikan maklumat kepada pelajar mahupun masyarakat.
Akaryu. (2010). Karangan jenis fakta. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/Akaryu/karangan-jenis-fakta.

Awang Sariyan. (2009). Tertib mengarang: Asas retorik untuk pelajar dan pendidik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cikgu Suguz. (2014). Kesalahan ejaan, imbuhan, istilah, tatabahasa. Diperoleh daripada https://www.youtube.com/watch?v=xVP2nm_7qrQ.

Mior Muhammad Saiful Nizan. (2013). Peribahasa bahasa melayu tingkatan 4 dan 5. Diperoleh daripada https://www.youtube.com/watch?v=gvXCPoSGc4g&pbjreload=10.

Mohd. Ramsul Abd. Rahiman. (2013). Laman bahasa Melayu SPM. Diperoleh daripada https://cikguramsulbmspm.blogspot.com/2013/10/contoh-karangan-terbaik-pelajar.html.

Noraini Jamaluddin & Shamsudin Othman. (2003). Bahasa Malaysia tingkatan 4. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nordin Isa. (2013). Formula perkembangan isi karangan. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/noordeen73/formula-perkembanganisikarangan.

Rohaini Yusoff, Mahzan Arshad & Abdul Jalil Othman. (2004). Buku teks bahasa Melayu tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sheryl Jewinly. (2010). Ciri pemerengganan berkesan. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/SHERLYheartCHRISTIAN/ciriciri-pemerengganan-berkesan.


I BUILT MY SITE FOR FREE USING